fbpx

Tekad Kerajaan Madani bukan hanya jaminan kata-kata – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) menghadiri Majlis Makan Malam Beristiadat SPRM 2025 semalam

PETALING JAYA – Perubahan bagi membina Malaysia sebagai sebuah negara yang berwibawa dan bersih tidak boleh dengan jaminan kata-kata sahaja.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan tersebut mesti dilaksanakan dengan amalan dan tindakan.

“Tekad Kerajaan Madani membina sebuah negara wibawa yang bersih dan ke arah memperkasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi badan bebas dan berintegriti.

“Mesti ditegaskan, perubahan mesti dari pimpinan atas dengan amalan, tindakan dan bukan hanya dengan jaminan kata-kata sahaja,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata, beliau sempat menghadiri Majlis Makan Malam Beristiadat SPRM 2025 semalam bagi meraikan seluruh keluarga SPRM.

Menurut Anwar, SPRM adalah tonggak utama untuk mempertahankan tatakelola, sistem yang mempunyai integriti dan menyelamatkan bangsa dan negara dari keruntuhan berterusan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI