fbpx

Syamsul Yusof bawa ibu Puteri Sarah bercuti di Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamsul Yusof dan keluarga memilih menikmati percutian musim sejuk di Switzerland sejak minggu lalu.

PETALING JAYA – Merealisasikan perancangan sejak tahun lalu, pengarah Syamsul Yusof dan keluarga memilih menikmati percutian musim sejuk di Switzerland sejak minggu lalu.

Pemergian Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 40, bukan hanya disertai dua anaknya, malah ibu bapanya, Datin Paridah Ismail dan Datuk Yusof Haslam.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi laman sosial yang menunjukkan fotonya memeluk kedua-dua orang tuanya dengan wajah gembira.

Difahamkan, pemergian ke Eropah itu sudah dirancang ibunya sejak tahun lalu sekali gus meneruskan tradisi keluarga yang tertangguh sejak beberapa tahun lagi.

Lebih menggamit perhatian ramai adalah kehadiran ibu bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana iaitu Paridah Puteh yang turut menyertai keluarga sutradara popular itu.

Ibu Syamsul juga tidak ketinggalan menzahirkan keterujaan berpeluang memperuntukan masa berharga di negara empat musim itu bersama besan.

Perkongsian keluarga terbabit meraih pujian netizen yang tumpang gembira menyaksikan kemesraan antara Syamsul orang tuanya.

Sebelum ini, konflik tercetus apabila pengarah filem The Original Gangster itu didakwa tidak berhubung dengan ibu bapanya susulan pergolakan rumah tangga dengan Puteri Sarah yang membawa kepada perceraian.

Hubungan mereka semakin dingin selepas Syamsul berkenaan bernikah secara rahsia dengan anak pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira.

Namun Syamsul kembali ke pangkuan Yusof dan Patimah beberapa hari selepas bercerai dengan Ira sekitar September tahun lalu sekali gus merapatkan kembali ukhwah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI