fbpx

Sudah letak kon, kereta tetap lintas sejadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Honda Mobilio ‘melanggar’ 25 sejadah yang dibentangkan untuk solat Jumaat di sebuah masjid di Indonesia. - Instagram

JAKARTA – Perbuatan sekumpulan wanita yang menaiki kereta memandu melintasi puluhan sejadah di sebuah masjid di Indonesia mengundang kecaman orang ramai, lapor portal berita Merdeka semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) di Masjid Nur Ramadhan dekat Palembang, wilayah Sumatera Selatan kelmarin. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di platform Instagram memaparkan kereta jenama Honda Mobilio itu melintasi 25 sejadah yang baru dibentangkan di halaman masjid untuk solat Jumaat.

“Kami sempat meletakkan kon trafik di laluan tersebut supaya tidak dilalui oleh kenderaan. 

“Bagaimanapun, mereka tetap masuk dan ‘melanggar’ sejadah-sejadah itu,” kata pengurus masjid yang dikenali sebagai David.

Meskipun ditegur secara baik, wanita-wanita itu mengamuk dan memarahi mereka. 

“Kami terpaksa menggulung semula 25 sejadah tersebut kerana kotor dan perlu dicuci,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI