fbpx

K2

Status pahala memberi makan orang berpuasa qada, sunat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Oleh itu, dapat difahami bahawa lafaz hadis yang umum tersebut turut merangkumi sesiapa sahaja yang berpuasa sama ada puasa wajib, sunat atau qada. - Gambar hiasan

Saya ingin bertanya tentang hadis individu yang memberi makan orang yang berbuka puasa. Maka, dia akan mendapat sama seperti pahala orang yang berpuasa tersebut. Adakah memberi makan kepada orang yang berpuasa sunat atau qada turut akan mendapat pahala sama seperti disebutkan di dalam hadis?

JAWAPAN: Hukum menjemput dan menjamu hidangan kepada orang yang berpuasa adalah sunat serta dituntut di dalam Islam.

Perkara ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Zaid Ibn Khalid al-Juhani bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikit pun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut.(Riwayat al-Tirmidzi: 807)

Hal ini seperti yang dijelaskan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’ bahawa beliau berkata: “Disunatkan untuk menjemput dan memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa ketika masuknya waktu berbuka.

Tiada khilaf dalam hukum sunat ini berdasarkan hadis yang telah disebutkan.”
(Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6:362)

Oleh itu, dapat difahami bahawa lafaz hadis yang umum tersebut turut merangkumi sesiapa sahaja yang berpuasa sama ada puasa wajib, sunat atau qada.

Ini juga merangkumi apa sahaja makanan atau minuman yang diberikan kepada orang-orang berpuasa tersebut walaupun hanya sebiji tamar atau segelas air.

Sehubungan itu, dapat disimpulkan bahawa orang yang memberi makan kepada orang berpuasa walaupun hanya dengan sebiji tamar atau segelas air kepada seorang berpuasa sunat, maka dia mendapat pahala sama seperti pahala orang berpuasa tersebut.

Ini kerana, lafaz hadis tersebut bersifat umum yang merangkumi semua orang yang berpuasa sama ada puasa wajib, sunat atau qada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI