fbpx

Sindiket jual serbuk ‘minuman pra campuran berdengung’ tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMAR menunjukkan bungkusan minuman pra campuran yang disyaki mengandungi dadah pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. Foto oleh BAZLAN IBRAHIM/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Kegiatan tiga lelaki yang baharu sahaja aktif menjalankan bisnes menjual dadah awal tahun ini tidak bertahan lama apabila mereka diberkas dalam beberapa siri serbuan di sekitar bandar raya ini.

Perbuatan pengkhianat bangsa itu terbongkar susulan penahanan seorang lelaki berusia 41 tahun yang dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika berjalan kaki di sekitar Johor Bahru kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 6 Februari lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, hasil soal siat ke atas suspek warga tempatan itu, polis membuat serbuan ke atas sebuah kondominium di Danga Bay dan menahan seorang lelaki warga Singapura berusia 47 tahun.

“Unit kondominium terbabit disyaki disewa dan dijadikan tempat membungkus pelbagai jenis dadah serta stor simpanan bahan terlarang terbabit.

“Soal siasat ke atas kedua-dua suspek polis berjaya menahan seorang lagi rakan penjenayah lelaki tempatan berusia 48 tahun di kawasan parkir kondominium yang sama,”katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Kumar berkata, polis seterusnya melakukan empat lagi serbuan melibatkan termasuk tiga unit kondominium dan sebuah rumah teres di Danga Bay, Setia Indah, Pelangi Indah dan Tampoi di sini.

Katanya, dalam tujuh siri serbuan itu, polis merampas pelbagai jenis dadah termasuklah 15.33 kilogram (kg) serbuk ekstasi, ketamin (1kg), syabu (1.35kg), 294 gram (g) ganja, 7,800 biji pil ekstasi serta 6,250 biji pil eramin 5.

Ujarnya, nilai keseluruhan rampasan dadah bernilai RM3,178,258.

“Modus operandi digunakan sindiket ini ialah menjadikan kondominium dan rumah teres berpengawal sebagai tempat membungkus dan stor menyimpan dadah sebelum diedarkan.

“Polis percaya bekalan dadah diperolehi dari Kuala Lumpur dan dibungkus semula dalam bungkusan minuman pra campuran berperisa kopi dan coklat bagi mengaburi mata pihak berkuasa sebelum diedarkan kepada pasaran tempatan,”katanya.

Kumar berkata, polis turut merampas empat buah kenderaan termasuklah kereta mewah Mercedes-Benz, Honda HR-V, sebuah motosikal, 14 utas jam tangan, barang kemas serta wang tunai dan nilai keseluruhan berjumlah RM402,635.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamin dan lelaki tempatan berusia 41 tahun memiliki rekod berkaitan jenayah dan kesalahan dadah.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek direman sehingga 17 Februari ini bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI