PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda dua negeri sehingga pukul 3 petang ini.
Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk itu melibatkan negeri Perak dan Selangor .
Di Perak, amaran berkenaan dikeluarkan melibatkan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
Manakala di Selangor MetMalaysia memaklumkan, ia melibatkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat. – KOSMO! ONLINE