fbpx

PM minta Akta SOSMA diteliti, disemak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Fadzil bercakap pada sidang akhbar mingguan di Kementerian Komunikasi, di sini, hari ini. - GAMBAR : FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) diteliti dan disemak semula.

Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu turut dibincangkan dan dipersetujui oleh mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Pada Khamis, Perdana Menteri menyatakan bahawa Akta Perhimpunan Aman akan dipinda dan beberapa perkara akan dipermudah.

“Hari ini dalam mesyuarat Jemaah Menteri, Perdana Menteri juga meminta supaya Akta SOSMA diteliti dan disemak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan kerajaan bersetuju untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) bagi memudahkan dan membantu pelaksanaan apa jua keputusan daripada badan atau kumpulan yang ingin mengadakan perhimpunan aman.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, perincian berhubung penelitian dan penambahbaikan akta itu akan dijelaskan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Insya- Allah dalam minggu ini, Menteri Dalam Negeri akan ke Parlimen untuk memberi kenyataan. Tapi secara prinsipnya, ada beberapa perkara yang dibincangkan dan dipersetujui berkaitan menambah baik atau menyemak semula Akta SOSMA,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI