fbpx

Perebutan No. 1 dunia makin sengit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWIATEK mara ke separuh akhir Terbuka Qatar selepas menewaskan Rybakina semalam. - AFP

DOHA – Bintang tenis Poland, Iga Swiatek berada di ambang untuk merampas kembali takhta No. 1 dunia selepas musuh utamanya, Aryna Sabalenka tersingkir awal dalam kejutan besar di Terbuka Qatar 2025.

Sabalenka, pemain No. 1 dunia, mengalami kekalahan mengejut kepada Ekaterina Alexandrova dalam pertarungan tiga set penuh dramatik dengan keputusan 3-6, 6-3, 7-6 (7/5) baru-baru ini.

Kekalahan itu memberi tamparan hebat kepada Sabalenka yang baru sahaja kembali beraksi selepas menjadi naib juara Terbuka Australia, sekali gus membuka peluang luas buat Swiatek untuk merapatkan jurang mata dalam ranking WTA.

Dengan 1,000 mata menjadi rebutan di Doha, Swiatek kini hanya memerlukan gelaran juara bagi mengurangkan jurang mata dengan Sabalenka kepada 186 mata, menjadikan perebutan takhta No. 1 dunia semakin sengit.

Bagaimanapun, Swiatek tidak terlalu memikirkan soal ranking, sebaliknya lebih fokus untuk mengekalkan konsistensi di gelanggang.

“Sejujurnya, saya cuba untuk tidak terlalu memandang ranking walaupun ketika saya berada di kedudukan No. 1. Saya tahu semakin tinggi kedudukan, semakin besar tekanannya. Saya pernah memikul beban itu sebelum ini dan saya bersedia untuk berjuang kembali,” katanya.

Pemain berusia 23 tahun itu turut mengakui persaingannya dengan Sabalenka bukanlah mengenai angka di ranking dunia.

“Aryna (Sabalenka) dan saya adalah pemain hebat dan nombor di sebelah nama kami tidak mengubah apa-apa. Fokus saya untuk terus meningkatkan prestasi,” kata Swiatek.

Juara bertahan tiga kali itu terus membuktikan keunggulannya di Doha dengan menyingkirkan Elena Rybakina 6-2, 7-5 dalam perlawanan suku akhir semalam.

Kemenangan tersebut membawa Swiatek ke separuh akhir dan kini selangkah lagi untuk mara ke final untuk mempertahankan gelaran juara kali keempat berturut-turut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI