fbpx

Pengemis kaut lebih RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AR membawa beg plastik berisi wang puluhan juta rupiah ketika ditahan di Balai Polis Kediri, Indonesia. - Tribunnews

JAKARTA – Seorang lelaki berusia 70 tahun di Kediri, wilayah Jawa Timur menjadi tular selepas mengumpulkan wang 40 juta rupiah (RM10,956) hasil daripada mengemis, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Polis tempatan berkata, lelaki bernama AR itu ditahan ketika mengemis di sebuah persimpangan dekat Jalan Kawi. 

“Dia ditahan selepas orang ramai membuat aduan mengenai lelaki yang meminta sedekah secara paksa. 

“Pengemis itu turut menahan kereta dan motosikal yang lalu lalang untuk meminta sedekah,” kata polis. 

Ketika dibawa ke Balai Polis Kediri, AR membawa dua plastik berisi wang kertas berjumlah 40 juta rupiah. 

“Kami mendapati beg plastik itu berisi wang kertas bernominasi 2,000 rupiah (RM0.54) dan 100,000 rupiah (RM28). 

“Wang tersebut merupakan hasil mengemis selama beberapa minggu,” tambahnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI