fbpx

Orang ramai beratur seawal 3 pagi untuk beli emas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai membeli emas di Hanoi, Vietnam pada 8 Februari lalu. - The Nation

HANOI – Orang ramai di Vietnam sanggup beratur di luar kedai emas pada awal pagi untuk membeli barang kemas, lapor laman berita The Nation. 

Mereka mula beratur di hadapan kedai emas di sepanjang Jalan Tran Nhan Tong seawal pukul 3 pagi (waktu tempatan).

Biarpun cuaca sejuk dan hujan, mereka tetap menunggu walaupun kedai mula beroperasi hanya pada pukul 6.30 pagi (waktu tempatan). 

Walaupun harga emas melonjak naik dan melepasi paras 90 juta dong (RM15,700) untuk satu auns, mereka percaya  membeli emas hari ini sempena Hari Kekayaan dalam kepercayaan masyarakat tempatan, akan membawa tuah dan kemakmuran. 

Seorang pelanggan bernama Tran Thi Kim Toan, sanggup datang ke Hanoi untuk membeli emas. 

“Setiap tahun, saya akan ke kedai di sini untuk membeli emas. 

“Saya mahu sepanjang tahun ini menjadi baik dan membawa tuah kepada keluarga serta anak-anak,” tambahnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI