fbpx

Nenek dapat RM53,000 selepas terpijak bawang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HIRISAN bawang yang terdapat di lantai sebuah pasar sayur. - Foto Ziniu News/ETtoday

BEIJING – Seorang nenek menerima pampasan 86,000 yuan (RM53,000) selepas tergelincir dan cedera kerana terpijak hirisan bawang, lapor laman berita MSNews semalam.

Nenek berusia 62 tahun itu dianugerahkan pampasan oleh sebuah mahkamah di China selepas dia menyaman pasar sayuran di Nantong.

Pemeriksaan perubatan mengesahkan tulang lengan kanan wanita itu retak selain  kecederaan pada gigi dan pergelangan tangan yang menjejaskan keupayaan mangsa untuk bergerak atau menggunakan tangannya seperti biasa.

Pada mulanya, pengurusan pasar menuduh wanita itu cuai dan mendakwa dia memakai kasut tumit tinggi semasa kejadian.

Namun, siasatan polis menemui sisa putih di atas lantai yang disyaki hirisan bawang besar.

Mahkamah kemudian mengarahkan pasar tersebut membayar pampasan 86,000 yuan selepas memutuskan bahawa kasut tumit tinggi bukan penyebab kemalangan itu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI