fbpx

Nasib penyanyi Bey Soba Bey, suami dan rakan diketahui 6 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eda ezrin dadah

NARATHIWAT, THAILAND – Nasib penyanyi sohor Kelantan, Eda Ezrin, suami dan empat rakan yang sebelum ini didakwa atas atas dua pertuduhan mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda pada November lalu akan diketahui pada 6 Mac depan.

Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini menetapkan hukuman yang bakal diterima oleh Eda Ezrin atau Bea Sobar Bea Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, suami, Eda Ezrin iaitu Mohd. Affendi Ahmad, 35, pada tarikh tersebut.

Selain pasangan suami isteri itu, empat lagi rakyat Malaysia iaitu Mohamad Alif Deraman, 33, Erdieka Mohd. Noor, 33, Nor Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, turut berhadapan pertuduhan sama.

Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat selepas mendengar keterangan kesemua tertuduh dan saksi pendakwaan sepanjang prosiding perbicaraan yang berlangsung selama tiga hari iaitu pada Selasa lalu, semalam dan hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, Eda Ezrin yang sebelum ini didakwa atas dua pertuduhan mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda di Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini pada 14 Januari lalu akan memberi keterangan semasa prosiding perbicaraan berhubung pertuduhan tersebut hari ini.

Selain Eda Azrin, dua lagi rakannya iaitu Zuhaira dan Erdieka turut memberikan keterangan pada prosiding itu.

Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama dua lagi rakan, Mohamad Alif dan Nor Aida selesai memberikan keterangan bagi pertuduhan tersebut.

Pada prosiding perbicaraan semalam, seorang anggota polis dan dua pekerja Hotel Genting di Sungai Golok dekat sini sudah memberi keterangan semasa perbicaraan.

Terdahulu, tiga anggota polis yang merupakan saksi pendakwaan telah membuat keterangan semasa prosiding pada Selasa lalu.

Akhbar Kosmo! bulan lalu melaporkan, selepas lebih dua bulan direman, Eda Ezrin didakwa atas dua pertuduhan mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda di Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini pada 14 Januari lalu.

Selain Eda Ezrin dan suaminya, Mohd. Affendi, empat individu iaitu Eridieka, Mohamad Alif, Nur Aida dan Zuhaira turut didakwa atas pertuduhan itu.

Mereka berenam mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah.

Keenam-enam tertuduh bagaimanapun mengaku tidak mengaku bersalah atas tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda di Sungai Golok.

Bagi pertuduhan itu, hakim Mahkamah Wilayah Narathiwat memerintahkan kesemua tertuduh mengemukakan bukti sebelum perbicaraan dijalankan.

Sementara itu, Eridieka dan Zuhaira mengaku bersalah atas dua pertuduhan memasuki Thailand secara haram dan tiada dokumen perjalanan atau pasport sah untuk berada di negara ini.

Kesemua tertuduh diwakili tiga peguam yang dilantik oleh keluarga mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI