fbpx

MotoGP: Enjin baharu Ducati berisiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ mengakui enjin GP24 lebih stabil untuk digunakan bagi mengharungi musim baharu nanti berbanding unit kuasa baharu. - AFP

BURIRAM – Pelumba sensasi MotoGP, Marc Marquez mendedahkan bahawa Ducati berkemungkinan besar akan menggunakan enjin GP24 bagi musim 2025 selepas mendapati versi terbaru, GP25, mempunyai beberapa kelemahan.

Dalam ujian pramusim di Buriram, ketua pasukan Ducati, Davide Tardozzi mengesahkan bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk mengekalkan enjin musim lalu kerana enjin baharu berisiko tinggi untuk digunakan sepanjang dua musim akan datang.

Marquez yang mencatat masa terpantas pada hari pertama ujian di Buriram kelmarin menjelaskan bahawa Ducati enggan mengambil risiko dengan enjin GP25 yang masih belum terbukti sepenuhnya.

“Ducati adalah pasukan yang bijak dan realistik. Mereka tahu bahawa kami tidak boleh mengambil risiko menggunakan enjin yang belum terbukti 100 peratus lebih baik daripada GP24

“Jika ia akan digunakan, kami akan kekal menggunakan selama dua tahun. Jadi, penelitian harus dibuat,” kata juara dunia enam kali itu.

Juara bertahan MotoGP, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia turut menyokong keputusan untuk kekal dengan GP24 kerana enjin GP25 masih belum mencapai keseimbangan yang diperlukan, terutamanya ketika melakukan brek.

“Bukanlah enjin GP25 tidak kompetitif, tetapi kami masih bergelut untuk mencari keseimbangan yang baik pada sistem brek. Jika kami tidak menemui penyelesaian segera, kami akan berada dalam masalah,” kata Bagnaia. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI