fbpx

Marquez pelumba paling bersedia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ menamatkan aksi pramusim di Litar Chang, Buriram sebagai pelumba terpantas. - FARIZ RUSADIO

BURIRAM – Pelumba sensasi, Marc Marquez terus mempamerkan ketangkasan luar biasanya apabila menamatkan hari terakhir ujian pramusim Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2025 di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand sebagai pelumba terpantas.

Juara dunia enam kali itu mencatat masa satu minit (m) 28.855 saat (s) sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan utama menjelang musim baharu.

Lebih membanggakan, Marquez juga mempamerkan prestasi konsisten dalam simulasi perlumbaan yang menyerlahkan persiapannya bersama jentera Ducati.

Selain itu, Marquez turut terus memperbaiki catatannya dengan mengurangkan tiga per sepuluh saat, hampir menyamai rekod pusingan rasmi di Buriram dipegang Francesco Bagnaia dalam kelayakan Grand Prix Thailand tahun lalu.

Sepanjang 23 pusingan, pelumba Sepanyol itu mengekalkan purata masa 1:30.361s iaitu satu petanda jelas bahawa dia sudah bersedia untuk menghadapi cabaran besar musim ini.

“Saya gembira dengan keputusan ujian ini. Kami berjaya mengumpulkan banyak data penting dan terus meningkatkan prestasi jentera. Musim ini, sasaran kami adalah untuk kekal konsisten sejak awal,” kata Marquez.

Adiknya, Alex Marquez dari pasukan Gresini turut mencuri perhatian apabila mencatat masa kedua terpantas, ketinggalan 0.179 saat di belakangnya sekali gus melengkapkan dominasi Ducati dengan catatan masa 1-2 di Buriram.

Bagnaia selaku juara dua kali, menamatkan ujian di tempat kelima dengan catatan 1:29.399s, manakala Joan Mir memberi sinar harapan kepada Honda apabila berada di tempat keenam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI