fbpx

Lima beranak rentung: Kayu, kain, kabel pendawaian dihantar ke makmal forensik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA sampel kebakaran sebuah rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai, Melaka telah diambil dan dihantar ke Makmal Forensik Penyiasatan Kebakaran JBPM.

JASIN – Sampel kayu, kain, kabel pendawaian dan cebisan lantai yang musnah telah diambil untuk dianalisa bagi menentukan punca kebakaran sebuah rumah yang mengorbankan lima sekeluarga dalam kejadian di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd. Pisar Aziz berkata, sampel berkenaan akan dihantar ke Makmal Forensik Penyiasatan Kebakaran JBPM di Seremban, Negeri Sembilan untuk dianalisis.

Katanya, pemilihan sampel tersebut dilakukan oleh unit khidmat anjing pengesan (K9) JBPM di lokasi kejadian.

“Kita telah mengambil sampel ditempat kejadian seperti kayu, kabel pendawaian, kain dan cebisan lantai dengan bantuan unit anjing pengesan. Sampel ini akan dihantar ke makmal forensik di Seremban untuk dianalisis.

“Keputusan dijangka diperolehi dalam tempoh dua minggu lagi, bagaimanapun di peringkat awal ini kita tidak menolak andaian kemungkinan berlaku litar pintas yang menyebabkan kebakaran tersebut,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan sebuah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 1,200 kaki persegi musnah dalam kebakaran yang mengorbankan lima sekeluarga termasuk seorang wanita hamil lima bulan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa yang maut ialah Laila Fathinah Mustapa, 37 dan empat anaknya, Nur Damia Batrisyia Abdullah, 13; Izz Daffa Hafizuddin, 7; Nur Dalilah Khadijah, 6 dan Izz Danish Fathi, 4 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI