fbpx

Lelaki selamat selepas ditelan paus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Simancas ditelan paus ketika melakukan aktiviti kayak di luar pantai Chile pada Sabtu lalu. - Sky News

SANTIAGO – Seorang lelaki nyaris maut apabila dia ditelan seekor paus ketika melakukan aktiviti berkayak bersama bapanya di sebuah pantai di Chile, lapor laman berita Sky News semalam. 

Kejadian berlaku dekat Selat Magellan di Patagonia pada Sabtu lalu. 

Mangsa bernama Adrian Simancas berkata, paus itu muncul secara tiba-tiba dan menelannya bersama kayak. 

Bapa Simancas yang berada di tempat kejadian segera mengeluarkan kamera dan merakam detik mengerikan itu. 

“Pada ketika itu, saya berfikir saya sudah mati kerana dimakan paus,” tambah Simancas. 

Beberapa saat kemudian, paus tersebut timbul ke permukaan laut dan memuntahkan semula ‘hidangan’ itu. 

Simancas dan bapanya segera melarikan diri ke pantai selepas kejadian tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI