fbpx

Lelaki lemas terjatuh dari bot fiber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ditemui sekumpulan nelayan pagi tadi di perairan Pulau Sangga di Taiping. - Foto IHSAN JBPM

TAIPING – Seorang lelaki lemas setelah terjatuh dari bot fiber dinaikinya semasa keluar bekerja berhampiran perairan Kuala Sangga di sini pada pukul 4.30 petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, Aziz Bakar, 50, disedari hilang berikutan rakan mangsa menjumpai botnya yang hanyut dan pencarian terhadapnya gagal.

“Mangsa juga dilaporkan mempunyai penyakit tekanan darah rendah dan sering pitam. Pihak bomba menerima maklumat pada tengah malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan pada pagi ini.

“Ketua Operasi telah bertindak membuat size up dan mengarahkan untuk membuka pusat kawalan bomba (PKB) di jeti yang berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Sabarodzi berkata, Ketua Operasi juga menyatakan bahawa bot tidak dapat diturunkan pada ketika itu berikutan air surut.

Katanya, setelah dimaklumkan oleh sekumpulan nelayan berkaitan dengan penemuan mayat mangsa, Ketua Operasi bersama dengan anggota menaiki bot nelayan ke lokasi kejadian untuk membuat pengesahan dan mengambil mayat tersebut.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang turut memaklumkan operasi tamat pada pukul 10.33 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI