fbpx

Kerajaan tidak setuju cadangan lantik menteri hal ehwal bukan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat jumaat di Masjid As-Salam, Puchong Perdana hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

PUCHONG – Kerajaan tidak bersetuju dengan cadangan portfolio Menteri Hal Ehwal Agama dipecahkan khusus untuk agama Islam dan bukan Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan oleh Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui di Dewan Rakyat itu adalah pandangan peribadi.

“Tidak dipersetujui oleh mana-mana dalam kerajaan, apa lagi Jemaah Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Salam di sini hari ini.

Yu Hui semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat menyarankan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen blok kerajaan mencadangkan ia dipecahkan kepada portfolio untuk urusan agama Islam dan satu lagi hal ehwal bukan Islam.

Cadangan tersebut bagaimanapun dibantah oleh pimpinan politik beragama Islam termasuk daripada blok pembangkang dan kerajaan.

Sementara itu, Perdana Menteri memaklumkan calon Duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) telah dikenal pasti.

Menurut Anwar, beliau akan ke Bahrain bagi menziarahi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan mendapatkan perkenan Seri Paduka Baginda.

“Insya-Allah bila saya ke Bahrain dan menziarah Yang di-Pertuan Agong, kita boleh dapat perkenan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI