fbpx

Kejar Honda kuning: Patut lari rupanya pengedar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video aksi pasukan MPV Polis menahan suspek di bandar Kluang, pagi tadi

KLUANG – Pemandu kereta Honda Prelude kuning yang melarikan ketika dikejar pasukan Kereta Peronda Polis (MPV) di bandar Kluang pagi tadi sebelum diberkas rupanya ‘tauke’ dadah.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki berusia lingkungan 40 tahun itu ditahan selepas dikejar sejauh lima kilometer persimpangan Jalan Haji Manan hingga ke lampu isyarat Kluang Mall.

Katanya, sebelum itu, lelaki berkenaan dilihat memandu dalam keadaan mencurigakan dan gagal memberikan kerjasama ketika cuba diperiksa oleh Pegawai Cawangan Peronda Polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang menyebabkan berlakunya kejadian kejar mengejar.

“Selepas berjaya ditahan, polis menemui sejumlah dadah jenis heroin dan semakan mendapati tahanan mempunyai 15 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Saringan air kencing turut mendapati tahanan positif dadah jenis Methamphetamine,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Bahrin lagi, susulan daripada itu tahanan akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalahan memiliki dan mengedar dadah.

Tambahnya, lelaki itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 44(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu kenderaan di atas jalan raya secara meluli yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

“Disamping itu, tahanan juga akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 bagi kesalahan memasukan dadah dalam badan dan Seksyen 307 (KK) bagi kesalahan cubaan membunuh.

“Permohonan reman akan dilakukan di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada 15 Februari,”katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI