fbpx

KBS pertimbang bantu peluncur ski negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARUWIN pernah membuat kemunculan pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Yanqing, China. - AFP

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedang meneliti cadangan menambah peruntukan dana kepada peluncur alpine ski negara, Aruwin Salehhuddin bagi persiapannya ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 di Milano-Cortina, Itali.

Aruwin mencuri perhatian sewaktu Sukan Musim Sejuk Asia di Harbin, China baru-baru ini selepas meraih tempat keempat dalam acara slalom wanita.

Walaupun terlepas pingat gangsa, pencapaiannya dianggap luar biasa memandangkan ini adalah kali pertama atlet wanita negara bertanding acara alpine ski pada temasya tersebut.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memahami kesukaran dihadapi atlet sukan musim sejuk negara yang mana kebanyakan pelaburan daripada ibu bapa serta usaha persendirian.

Katanya, Aruwin menerima geran sebanyak RM50,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) pada tahun lalu, namun jumlah itu masih jauh berbanding pelaburan peribadi dibuat atlet serta keluarga.

“Untuk Olimpik Musim Sejuk, kebanyakan pelaburan datang daripada ibu bapa dan atlet sendiri, kerana sukan ini kurang popular di Malaysia disebabkan akses yang terhad.

“Aksi terbaik Arwin menyebabkan Majlis Olimpik Malaysia telah meminta pertimbangan MSN untuk melihat kemungkinan menambah dana, memandangkan dia sudah berada di kedudukan keempat dan mungkin boleh mencapai podium selepas ini.

“Mengenai keputusan mengenai penambahan dana perlu dipertimbangkan dengan teliti kerana bajet MSN bergantung kepada peruntukan tahunan daripada Kementerian Kewangan.

“Oleh itu, kita kena betul-betul pertimbangkan dan buat perancangan. Seperti tahun lepas, bajet khas memang kita bagi keutamaan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Jadi, kita perlu menguruskan bajet dengan sebaik mungkin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN