fbpx

Imam hiba baca talkin jenazah dua anak saudara malam Nisfu Syaaban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. (hadapan) membaca talqin pada upacara pengebumian Nursaidatul Aishah dan Wan Nur Izara Aina di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengkawang, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seorang imam tidak dapat menahan sebak ketika mengetuai solat jenazah dan bacaan talkin dua ahli keluarganya yang maut dalam kemalangan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengkawang di sini awal pagi ini.

Mohd. Ismail,66, berkata, jenazah anak saudaranya, Nursaidatul Aishah Zakari, 36, dan anak sulung wanita itu, Wan Nur Izara Aina Tun Mohd. Khairul, 12, dikebumikan di tanah perkuburan itu pada pukul 12 tengah malam.

“Jenazah dua beranak itu tiba di Masjid Kampung Tengkawang beberapa minit selepas kami selesai majlis bacaan tahlil seorang penduduk kampung yang turut meninggal dunia pagi semalam.

“Walaupun sudah menguruskan enam jenazah penduduk kampung sejak awal tahun ini, pengebumian anak saudara dan cucu saudara yang rapat pada malam Nisfu Syaaban ini menghibakan saya,” katanya ketika ditemui di Kampung Tengkawang di sini hari ini.

Gambar kenangan Allahyarham Nursaidatul Aishah (kiri) dan Wan Nur Izara Aina (kanan) bersama Tun Nur Ufaira.

Mohd. yang juga Imam 1 Masjid Kampung Tengkawang berkata, hubungan dia dengan Nursaidatul Aishah serta anak-anaknya yang tinggal sekampung begitu rapat.

Jelasnya, arwah Wan Nur Izara Aina dan adiknya, Tun Nur Ufaira Afifa, 9, juga sering berkunjung ke rumahnya untuk belajar mengaji.

Kosmo! Online semalam melaporkan Nursaidatul Aishah dan Wan Nur Izara Aina maut selepas motosikal Yamaha Ego Solaris ditunggang mereka dirempuh kereta Perodua Axia dinaiki lima pelajar sebuah institusi pengajian tinggi pada pukul 11.55 pagi.

Kemalangan yang berlaku di Kilometer 13 Jalan Gaung – Kuala Ping – Teris berhampiran Kampung Kepah, di sini juga menyebabkan Tun Nur Ufaira Afifa patah kaki dan tangan selain cedera dalaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI