fbpx

EPL: Aura Goodison Park bantu Everton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TARKOWSKI muncul penyelamat Everton apabila meledak gol penyamaan pada masa kecederaan. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Everton, David Moyes mengakui berpuas hati dengan prestasi pengadil, Michael Oliver ketika aksi derbi Merseyside apabila pasukannya berjaya mengekang hasrat Liverpool mengutip mata penuh.

Everton membuka tirai jaringan menerusi Beto sebelum Alexis MacAllister dan Mohamed Salah meletakkan Liverpool di hadapan dan James Tarkowski muncul penyelamat tuan rumah apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-98 untuk perlawanan berakhir 2-2 awal pagi semalam.

Gol penyamaan Tarkowski itu mengambil masa untuk disahkan apabila Video Bantuan Pengadil memeriksa kekasaran yang dilakukan oleh pemain pertahanan Liverpool, Ibrahima Konate sebelum jaringan tersebut dihasilkan.

“Saya fikir pengadil telah mengadili perlawanan dengan baik, beliau tidak terlalu kerap menghentikan perlawanan dan menjadikan ia begitu menarik. Pada saya ia adalah aksi derbi yang diharapkan oleh peminat.

“Emosi berada pada tahap tertinggi pada perlawanan ini, seluruh stadium merasainya. Anda boleh melihat betapa pentingnya keputusan ini untuk peminat kami dan ia sangat mengujakan,” kata Moyes.

Mengulas mengenai kekecohan pada hujung perlawanan sehingga empat layangan kad merah diberikan oleh pengadil, Moyes mengakui tidak dapat melihatnya dengan jelas, namun kecewa apabila ia melibatkan pemainnya, Abdoulaye Doucoure.

Keputusan seri itu sangat bermakna buat Everton ketika aksi derbi tersebut adalah yang terakhir dilangsungkan di stadium berusia 131 tahun, Goodison Park apabila The Toffees akan berpindah ke venue baharu, Bramley Dock musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI