fbpx

Datuk didakwa ‘usik’ cucu lelaki enam tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Seremban. Gambar hiasan.

SEREMBAN – Seorang datuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap cucu tiri lelakinya berusia enam tahun awal Januari dan bulan ini.

Tertuduh berusia 60 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Warga emas itu didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa di sebuah rumah di Kuala Pilah pada waktu pagi sejak Januari dan bulan ini.

Oleh itu, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh juga mengaku tidak bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama pada tarikh dan lokasi sama.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi tidak menawarkan jaminan kerana warga emas itu adalah datuk tiri mangsa. Pihak pendakwaan memohon jaminan tinggi berserta syarat tambahan sekiranya mahkamah mahu memberikan jaminan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dia hanya bekerja kampung dengan pendapatan RM1,000 dan tinggal bersama isteri. Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan selain tidak mengganggu saksi dan mangsa sehingga kes selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI