fbpx

Conceicao pertahan taktikal 4 penyerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILAN (jersi hitam) terpaksa akur tewas kepada Feyenoord disebabkan kesilapan penjaga gol awal pagi semalam. - AFP

ROTTERDAM – Pengendali AC Milan, Sergio Conceicao percaya peluang mereka untuk mara ke pusingan 16 terbaik saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) masih terbuka meskipun tewas 0-1 kepada Feyenoord pada aksi playoff pertama awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stadium De Kuip itu, skuad tuan rumah berjaya meraih bekalan tipis hasil jaringan Igor Paixao yang memanfaatkan kesilapan penjaga gol Rossoneri, Mike Maignan.

Menurut Conceicao, kekalahan tersebut bukan berpunca daripada taktikal yang diterapkan selepas membariskan empat penyerang seperti Santiago Gimenez, Joao Felix, Rafael Leao dan Christian Pulisic dalam kesebelasan utama.

“Saya rasa percaturan yang saya terapkan tidak menjadi isu kerana tugas saya sebagai jurulatih adalah untuk mencari keseimbangan. Namun, kami harus akui Feyenoord adalah pasukan yang lebih baik pada aksi kali ini.

“Saya percaya peluang pasukan untuk mara ke pusingan seterusnya masih terbuka terutama apabila beraksi di laman sendiri. Saya mahu pemain menggandakan usaha pada aksi seterusnya nanti,” katanya.

Sementara itu, Leao mengakui rakan-rakan sepasukan beraksi di bawah tahap sebenar dalam usaha meraih keputusan positif terutama apabila gagal menyudahkan peluang terhidang.

“Kami tidak memiliki sikap berjuang seperti pemain lawan dan harap pasukan belajar daripada kesilapan ini. Sebagai penyerang, saya pun gagal menjalankan tugas dengan baik apabila mensia-siakan banyak peluang keemasan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN