fbpx

Coex hanya bergaduh dalam bilik, keluar okey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat wanita cantik, Mikaela Qistina, Dals, Amylia Loh dan Elysha Khan i berjanji tidak akan keluar daripada kumpulan Coex demi janji mahu sama-sama menyinar dalam dunia muzik. – FARIZ RUSADIO

SEJAK menyertai program realiti Big Stage 2023, nama kumpulan Coex semakin mendapat tempat di hati peminat walaupun perjalanan mereka terhenti setakat minggu ketujuh.

Kumpulan M-pop yang dianggotai Mikaela Qistina, Dals, Amylia Loh dan Elysha Khan terus mengorak langkah dalam arena seni selepas mengeluarkan beberapa single.

Lumrah bergerak berkumpulan, pasti wujud pertentangan pendapat antara ahli, malah Amy mengakui mereka sering bergaduh, namun sentiasa memastikan rajuk tidak berpanjangan.

“Merajuk atau salah faham itu perkara biasa dalam sesebuah kumpulan tetapi bagaimana kami mahu jadi profesional dengan meletakkan segala permasalahan ke tepi.

“Selalunya, Coex akan gaduh dalam satu bilik tetapi bila keluar sahaja terus okey.

“Kalau kami berselisih pandangan pun tetap akan bercakap sebab bekerja sekali. Ibarat macam gaduh-gaduh manja antara adik-beradik,” katanya kepada HibGlam semasa dalam sebuah sesi fotografi.

Tambahnya lagi, sejak awal penubuhan mereka sudah sama-sama bersetuju mencapai impian sebagai penyanyi berkumpulan dan keempat-empat mereka tidak boleh keluar daripada Coex.

“Pada awal kami dah letakkan dalam ‘mindset’ bahawa kami ada matlamat untuk dicapai. Kalau tiba-tiba ada orang rasa nak keluar, minta maaf awak tersekat.

“Sebab awal-awal lagi kami sudah sepakat untuk mencapai matlamat bersama, tidak boleh main-main.

“Kalau enggan serius daripada awal lagi tidak perlu sertai dan membazirkan masa orang lain,” ujarnya lagi.

EMPAT wanita ini berjanji tidak akan berpecah dan akan terus bersama sebaga sebuah kumpulan atas nama Coex.

Beku

Dalam masa sama, Coex baru sahaja melancarkan dendangan keempat mereka berjudul Beku yang bergenre balada.

Bagaimanapun, Elysha memaklumkan lagu tersebut sudah lama disimpan kerana mahu memberi laluan buat single pertama mereka yang bergenre pop.

“Sebenarnya dah lama kami simpan lagu ini lebih kurang setahun sebab masa tidak sesuai.

“Ketika itu, kami baru sahaja lancarkan lagu Gimme That Crown iaitu lagu rancak.

“Kalau kami keluarkan lagu Beku, takut tak dapat kekalkan tenaga yang sama kerana tukar genre,” tuturnya.

Sementara itu, Mikaela memaklumkan bahawa mereka turut sama menyumbang idea dalam pembikinan Beku mengikut kesesuaian Coex.

“Lagu ini dihasilkan Iqie Hugh dan Omar K. Apabila dapat dengar demo, terus melekat dalam kepala kami.

“Ada beberapa proses yang kami jalani dan semuanya habis dirakamakan pada hujung Disember tahun lalu.

“Kami juga ada menyuntik idea sebab lagu dah disediakan. Cuma, kami cadang untuk selitkan bahagian rap,” ujarnya.

Pelbagai genre

Sering melancarkan lagu berbeza genre, Dals menyatakan kumpulan mereka sedang bereksperimentasi mengikut keselesaan dan kecenderungan semasa.

Namun, apa yang membuatkan orang mengenali mereka adalah wujudkan instrument tradisional dalam setiap lagu bagi mengekalkan budaya Malaysia.

“Selalu dalam lagu kami akan ada elemen budaya. Apabila kami ada rezeki untuk ke peringkat antarabangsa, kami masih kekalkan identiti Malaysia.

“Kami pula masih baru, jadi tak seronok untuk kekal dengan satu genre sahaja. Jadi, kami eksperimen untuk cari identiti.

“Setiap lagu, kami akan masukkan instrument tradisional supaya kalau ke mana-mana, budaya akan ikut kami,” tutupnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI