fbpx

CEO pula ditahan, terbabit rasuah tuntutan palsu RM2.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini untuk perintah reman.

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lagi individu yang merupakan ketua pegawai eksekutif (CEO) ekoran disyaki mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.

Perintah reman selama empat hari sehingga 17 Februari terhadap suspek dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, suspek wanita berusia sekitar 40-an dan suspek lelaki berusia lingkungan 60-an it ditahan antara pukul 7 dan 11 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang masing-masing merupakan CEO sebuah syarikat tersenarai awam dan pengarah syarikat
disyaki bersubahat mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu.

“Ia bagi mengeluarkan wang syarikat berjumlah kira-kira RM2.6 juta yang kemudian dipindahkan ke akaun syarikat di mana suspek wanita itu bekerja,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Semalam, SPRM menahan reman empat individu termasuk seorang bergelar Datuk kerana disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.

Turut ditahan ialah dua pengarah syarikat termasuk dua naib presiden kanan sebuah syarikat.

Susulan itu, suspek lelaki bergelar Datuk itu direman selama lima hari sehingga 17 Februari, manakala tiga lagi suspek masing-masing membabitkan dua lelaki dan seorang wanita
direman selama empat hari sehingga 16 Februari.

Menurut sumber, suspek bergelar Datuk berkenaan dipercayai telah berpakat dengan salah seorang suspek yang juga pengarah syarikat untuk memberi rasuah mendapatkan tender penjualan tanah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI