fbpx

Cahaya ganjil muncul umpama ‘pintu ke dunia lain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SATU cahaya ganjil terbentuk ketika ribut salji. - Foto TikTok/lenkalancitiande

VIENNA, Austria – Satu cahaya ganjil lut sinar ditemukan oleh seorang peluncur salji di cerun Resort Skiwelt, Austria, lapor portal berita MailOnline semalam.

Penemuan aneh itu dirakam oleh seorang pengguna platform TikTok, Lenka Lanci, manakala klip video kejadian menjadi tular dan mencatatkan berjuta-juta tontonan serta beribu-ribu komen netizen. 

Sebilangan netizen berkata, cahaya itu  adalah satu keajaiban dan yang lain mendakwa bahawa ia adalah ‘pintu ke dunia lain.’

Namun, terdapat penjelasan mudah bagi merungkai fenomena  itu.

Ia dikenali sebagai submatahari yang merupakan paparan optikal sangat jarang berlaku tetapi cantik.

Fenomena itu berlaku apabila cahaya matahari mengenai hablur-hablur halus ais di atmosfera pada sudut yang tepat untuk mencipta cahaya submatahari. 

Seorang netizen memberikan komen menarik apabila menyatakan: “Ia adalah sebuah pintu (ke alam lain)  dan anda tidak boleh memberitahu saya sebaliknya.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI