fbpx

‘Bila kaduk naik junjung inilah jadinya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Akmal.

PETALING JAYA – “Bila kaduk naik junjung inilah jadinya.”

Demikian kritikan keras Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berhubung cadangan seorang Ahli Parlimen supaya kerajaan melantik menteri hal ehwal bukan Islam.

Tegas Muhamad Akmal, Islam di Malaysia bukan sekadar agama rasmi, tetapi adalah agama Persekutuan.

“Bila yang jadi wakil rakyat tidak tahu tahu fungsi kerajaan dan Perlembagaan dan sensitiviti perlu dihormati, maka lahirlah wakil rakyat begini rupanya,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat menyarankan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua.

Beliau yang juga Ahli Parlimen blok kerajaan mencadangkan ia dipecahkan kepada portfolio untuk urusan agama Islam dan hal ehwal bukan Islam.

Cadangan itu bagaimanapun dibantah oleh pimpinan politik beragama Islam termasuk daripada blok pembangkang dan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan, kerajaan tidak bersetuju dengan cadangan portfolio Menteri Hal Ehwal Agama dipecahkan khusus untuk agama Islam dan bukan Islam.

Anwar turut menyifatkan cadangan oleh Yu Hui di Dewan Rakyat itu adalah pandangan peribadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI