fbpx

Bayern ‘gigil’ lepasi halangan Celtic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Bayern meraikan kemenangan tipis 2-1 ke atas Celtic awal pagi semalam. - AFP

GLASGOW – Jurulatih Bayern Munich, Vincent Kompany memuji mentaliti pasukan untuk melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Celtic pada aksi playoff pertama saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Celtic Park awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, The Bavaria berjaya menepis ‘aura’ stadium tuan rumah yang dipenuhi 60,000 penyokong setia dengan meraih gol menerusi Michael Olise dan Harry Kane sebelum penyerang sensasi Celtic, Daizen Maeda merapatkan jurang pada penghujung saingan.

Lebih manis, Bayern menjadi pasukan pertama menewaskan Celtic di gelanggang keramat mereka selepas jaguh Scotland itu mengharungi 33 perlawanan tanpa kalah.

“Saya sangat berpuas hati dengan keputusan ini kerana ia adalah kemenangan yang penting. Kami tahu kekuatan pCeltic adalah ketika bermain di laman sendiri tetapi pemain berjaya mengawal perasaan gentar dan beraksi seperti biasa.

“Cuma pada penghujung perlawanan kami berada dalam keadaan tertekan selepas mereka merapatkan kedudukan. Namun, saya gembira dapat kekalkan kemenangan dan meraih keputusan penting untuk dibawa ke laman sendiri nanti,” katanya.

Sementara itu, Kane turut senada dengan pengendalinya selain berharap rakan-rakan sepasukan terus waspada dengan ancaman yang boleh diberikan The Hoops pada aksi kedua di Allianz Arena nanti.

“Secara keseluruhan, kami dapat apa yang dimahukan meskipun diberikan tentangan sengit oleh tuan rumah. Beraksi dalam saingan UCL bukan mudah tetapi kualiti yang ada memberikan kemenangan buat pasukan kali ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN