fbpx

Atalanta dakwa pengadil berat sebelah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MELER (depan) mencetuskan kontroversi apabila menghadiahkan sepakan penalti kepada Brugge menewaskan Atalanta awal pagi semalam. - AFP

BRUGGE – Pengurus Atalanta, Gian Piero Gasperini merasakan Club Brugge tidak sepatutnya diberikan penalti yang menyaksikan kelab Belgium itu meraih gol kemenangan 2-1 pada aksi playoff pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi semalam.

Gasperini berpendirian insiden yang berlaku di Stadium Jan Breydel itu terlalu ‘lembut’ dan pasukannya lebih berhak untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 1-1.

Pengendali berusia 67 tahun itu nyata berang dengan keputusan pengadil dari Turkiye, Umut Meler dan bertindak meninggalkan padang lebih awal tanpa menunggu wisel penamat dibunyikan.

“Mencemarkan (imej) bola sepak dan Eropah. Kita semua mempunyai pandangan berbeza tentang kekasaran berkenaan tetapi tragedinya sekarang adalah ada yang melakukan lakonan untuk mendapatkan sesuatu.

“Bola sepak sekarang ke arah yang langsung tiada kaitan dengan identiti sukan ini. Kami perlu terima keputusan itu tetapi saya tidak faham tentang undang-undang sekarang dan tidak pernah menyukainya,” katanya.

Terdahulu, Brugge berada di depan hasil jaringan Ferran Jutgla tetapi berjaya disamakan oleh pemain tengah Atalanta, Mario Pasalic sebelum Gustaf Nilsson meledak gol kemenangan buat tuan rumah.

Dalam perlawanan itu, pengadil bertugas turut melayangkan kad kuning kepada dua pemain Atalanta, Isak Hien dan Juan Cuadrado kerana melakukan protes serta menuntut penjelasan terhadap keputusan sepakan penalti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN