fbpx

Ahli majlis tempatan letupkan kucing dipecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suki (kiri) berdiri di atas meja burung kayu apabila letupan berlaku (kanan). - LBC

LONDON – Seorang ahli majlis tempatan dipaksa meletak jawatan selepas dia didakwa  meletupkan kucing milik jirannya, lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.

James Garnor yang menduduki kerusi Majlis Parish Whittlebury, selatan Northamptonshire di  England,  didakwa memasang bahan letupan pada meja hinggap  burung di taman belakang rumahnya.

Dia kemudian membuat rakaman ketika perabot itu meletup di hadapan seekor kucing bernama Suki.

Rakaman yang tersebar dalam kalangan jiran menunjukkan Suki  berdiri di atas meja hinggap burung itu  apabila terdapat cahaya berwarna oren secara tiba-tiba, diikuti kepulan asap hitam.

Suki bagaimanapun sempat melarikan diri tanpa mengalami kecederaan serius, hanya misainya yang hangus. 

Pemilik kucing berkenaan yang dikenali sebagai Nikki berkata, personaliti haiwan itu bagaimanapun berubah secara kekal sejak kejadian itu pada April 2023.

Dalam satu kenyataan Sabtu lalu, Majlis Parish Whittlebury berkata: “Kami mengesahkan bahawa Garnor meletak jawatan daripada  pada hari Jumaat, 7 Februari 2025, berkuat kuasa serta-merta.

“Walaupun pihak majlis tidak boleh campur tangan dalam hal peribadi, kami menggalakkan semua individu untuk bertindak secara bertanggungjawab dan penuh pertimbangan untuk kesejahteraan semua haiwan,” kata majlis berkenaan – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI