PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda sembilan negeri sehingga pukul 7 malam ini.
Menurut MetMalaysia, amaran itu melibatkan beberapa daerah di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.
“Di Kedah antara kawasan terlibat adalah (Kuala Muda, Baling dan Kulim), manakala di Perak merupakan daerah (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar).
“Di Selangor pula (Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang), seluruh Putrajaya dan Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau),” katanya hari ini.
MetMalaysia turut memaklumkan, turut terlibat di Johor adalah (Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) manakala Sarawak di daerah Sri Aman dan Betong (Pusa dan Betong). – KOSMO! ONLINE.