fbpx

Yayasan IOIPG rai warga emas, kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan, Kim Teoh IOI Properties Group (tujuh dari kanan) pada majlis penyerahan sumbangan kepada wakil Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat Kasih baru-baru ini.

PETALING JAYA –  Bersempena sambutan Tahun Baru Cina, IOI Properties Group (IOIPG) melalui Yayasan IOI Properties Group (Yayasan IOIPG) telah meraikan 61 warga emas dari  Persatuan Kebajikan Rumah Victory Malaysia, Puchong manakala  24 kanak-kanak dari Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat Kasih yang terletak di Klang.

Mencari kelainan pada tahun ini, yayasan lebih memfokuskan kepada inisiatif menyantuni golongan warga emas dan juga kanak-kanak agar mereka juga dapat meraikan perayaan bersama.

Dalam majlis meraikan ahli Persatuan Kebajikan Rumah Victory Malaysia, yayasan berkenaan telah menyerahkan sumbangan lebih daripada RM6,600 dalam bentuk angpow, keperluan harian dan barangan rumah serta menikmati makan tengahari yang diserikan dengan Yee Sang.

 Bagi kanak-kanak Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat Kasih pula diraikan dengan majlis yang meriah melalui sumbangan bernilai RM8,900 termasuk angpow, barangan keperluan sekolah, snek, barangan keperluan dan juga bekalan harian selain menikmati makan tengahari yang disempurnakan dengan Yee Sang.

Program sumbangan ini merupakan sebahagian daripada Inisiatif Wish Tree Yayasan IOIPG yang dianjurkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan yang bertujuan untuk bekerjasama dengan rumah anak-anak yatim untuk memenuhi keperluan pelajar untuk mendapatkan barangan keperluan sekolah dan pembelajaran.

Melalui usaha ini, ia telah memberi peluang kepada pekerja Kumpulan dan juga orang ramai menderma dan membantu mencapai hasrat keperluan kanak-kanak yang memerlukan bantuan serta sokongan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI