fbpx

Warga emas rugi besar, RM1.7 juta lesap ditipu pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein

PETALING JAYA – Seorang warga emas mengalami kerugian RM1.7 juta selepas terpedaya dengan pelaburan saham dalam talian yang tidak wujud sejak Ogos tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor menerima laporan di sini membabitkan lelaki berusia 67 tahun merupakan pesara swasta telah mengalami kerugian selepas terpedaya pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan.

Katanya, mangsa berminat menyertai pelaburan dikenali sebagai ‘Uvkxe’ selepas melihat iklan di Facebook dan dimasukkan ke kumpulan WhatsApp ditadbir oleh dua individu dikenali sebagai Prof Lim dan Branda Ng.

“Mangsa dijanjikan pulangan lumayan dan turut diyakinkan untuk membuat pelaburan saham dalam dan luar negara.

“Mangsa diminta membuat 16 transaksi bayaran membabitkan enam akaun bank berbeza berjumlah RM1.7 juta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Hussein, ‘Prof Lim’ kemudian memberitahu pelaburan di Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) sudah mencapai kemuncak dan mencadangkan mangsa untuk melabur dalam pasaran mata wang Bitcoin dan Kripto.

“Mangsa kemudian sedar diperdaya apabila gagal memperoleh keuntungan seperti dijanjikan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI