fbpx

‘Wang simpanan yang ada semakin berkurangan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL AMIRA (kiri) bersama anak bongsunya setia menjaga Shahril Ekwan yang terlantar akibat dijangkiti kencing tikus di Kampung Jambu, Kota Bharu baru-baru ini. – ROSLIZA MOHAMED.

KOTA BHARU – Seorang suri rumah mengambil tanggungjawab ketua keluarga apabila suaminya yang sebelum ini bekerja sebagai tukang rumah koma dan terlantar selepas dijangkiti kencing tikus atau wabak probable leptospirosis sejak dua bulan lalu.

Keadaan itu menyebabkan Nurul Amira Syafika Azhar, 30, perlu menguruskan segala keperluan suaminya, Shahril Ekwan Masdi, 32, dalam keadaan tiada pendapatan sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, dia bersama suami dan anak bongsu daripada empat anaknya tiada pilihan lain apabila perlu menumpang di rumah keluarga suami di Kampung Jambu di sini.

“Sebelum ini, kami sekeluarga tinggal di Dabong, Kuala Krai sehingga suami mengalami demam berpanjangan awal November tahun lalu. Dia ketika itu hilang selera makan dan cepat penat dalam tempoh seminggu.

“Saya membawanya ke Klinik Kesihatan Dabong untuk pemeriksaan. Hasil ujian darah mengesahkan suami dijangkiti virus kencing tikus,” katanya di sini baru-baru ini.
Nurul Amira berkata, doktor turut memaklumkan kuman merebak ke seluruh organ badan suami sehingga perlu dirawat selama dua hari di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Katanya, suami kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini selama 25 hari dan berada dalam keadaan koma sehingga kini.

“Saya buntu memikirkan per­belanjaan bulanan lebih RM2,000 bagi membeli keperluan suami iaitu ubat-ubatan, susu, lampin pakai buang, selain kos tambang ambulans setiap kali menghadiri janji temu di hospital,” katanya.

Katanya, tiga lagi anak lelaki berusia antara tujuh hingga 13 tahun tinggal bersama datuk dan nenek mereka kerana masih bersekolah di Dabong.

“Wang simpanan yang ada semakin berkurangan. Kami sekeluarga kini hanya mengharapkan bantuan penduduk kampung,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubu­ngi Nurul Amira di talian 019-780 0210 atau menyalurkan bantuan ke akaun Bank Islam bernombor 03139023024956.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI