fbpx

[VIDEO] Isteri tidak senang dengan ibu mentua, suami wajib cari rumah lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biasanya suami mencipta taklik tambahan bagi mengekang isteri melakukan perkara tidak disukai. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Menyediakan penginapan yang menyenangkan isteri adalah tanggungjawab serta nafkah wajib kepada seorangg lelaki bergelar suami.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, tiga nafkah wajib yang perlu ditanggung suami adalah, makanan, pakaian serta tempat tinggal. Tempat tinggal yang dimaksudkan adalah menyenangkan isteri jika tinggal di situ.

“Ramai tidak tahu, ada hati isteri yang kurang senang melihat suami lebih rapat dengan ibu dia. Jadi jika timbul rasa tidak senang itu maka si suami perlu mencari atau pindah ke rumah lain.

“Kadang-kadang orang lelaki tak tahu, nak lebihkan ibu tiada masalah tapi janganlah nampak sangat depan isteri, wajib atas kita untuk senangkan hati isteri,” jelasnya.

Katanya lagi, jika kita suami isteri tinggal serumah dengan ipar yang lain, suami perlu berhati-hati jika isteri kita tidak suka dan bergaduh dengan ipar kita.

“Kalau tahu isteri kita tidak suka dang bergaduh dengan ipar, suami tadi wajib keluar dari rumah itu. Hati isteri kamu sudah tidak senang di rumah tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI