fbpx

Pusat hiburan haram saji gadis ‘kalung bunga’ hingga RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Sebuah pusat hiburan di bandar raya ini diserbu polis, semalam kerana menggunakan khidmat 21 wanita warganegara asing sebagai pelayan tanpa permit kerja yang sah.

Difahamkan, premis hiburan itu mengenakan bayaran yang berbeza mengikut kalung yang dipakai bagi mendapatkan khidmat pelayan tersebut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, kesemua wanita yang ditahan dalam serbuan Op Noda kira-kira pukul 11 malam itu berusia lingkungan 19 hingga 42 tahun.

Katanya, dalam serbuan sama, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang merupakan pekerja kaunter.

“Dalam serbuan itu, polis dapati kesemua wanita warganegara asing itu disyaki bekerja sebagai pelayan tanpa permit yang sah.

“Polis turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun kerana didapati memiliki dadah jenis ganja,” katanya dalam kenyataan.

Dalam serbuan itu, polis merampas beberapa peralatan dan 11 helai kalung pelbagai warna tertulis nilai RM100 hingga RM10,000 serta wang tunai berjumlah RM750 dan tiga peket plastik lutsinar mengandungi ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 8.17 gram.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati premis berkenaan disyaki menjalankan perniagaan tanpa lesen serta menggajikan warga asing tanpa permit yang sah serta menyalahgunakan pas lawatan.

“Saringan ujian air kencing ke atas semua tangkapan mendapati kesemuanya negatif manakala seorang lelaki positif dadah jenis ganja.

“Lelaki itu ditahan reman selama tiga hari manakala penjaga kaunter ditahan reman sehari dan kesemua tangkapan wanita telah ditahan reman sehingga 26 Februari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI