fbpx

Punca Rantau Panjang, Pengkalan Kubor suram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dikatakan suram ekoran nilai ringgit yang rendah dan kurang kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut. -Foto ROHANA ISMAIL / KOSMO!

KOTA BHARU – Nilai ringgit yang rendah berbanding mata wang Thailand, baht merupakan antara salah satu punca yang menyebabkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor menjadi suram berbanding suatu masa dahulu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, selain penyusutan mata wang, kemudahan infrastruktur di kedua-dua kawasan tersebut juga dilihat menjadi faktor kepada kekurangan pengunjung.

“Kebanyakan barangan jualan di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor datang dari Thailand. Dahulu kita boleh tewaskan mereka (Thailand) dengan tawaran harga lebih murah.

“Kini tidak lagi kerana keadaan sudah jauh berubah. Infrastruktur bandar sempadan turut menjadi punca lokasi itu menjadi suram,” katanya semasa sesi soal jawab pada program Mahabbah Kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Media di sebuah hotel di Tunjong di sini semalam.

Mengulas lanjut, Mohamed Fadzli memberitahu, kerajaan negeri sudah memaklumkan masalah itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri untuk membuat tindakan lanjut.

Menurutnya, kedua-dua kawasan tersebut memerlukan perhatian dan penglibatan lebih serius oleh Kerajaan Persekutuan kerana ia merupakan sempadan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI