fbpx

Polis buru seekor emu kerana didakwa laku jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS mengeluarkan poster bagi mencari seekor burung emu. - Foto Polis Batesville/Facebook

WASHINGTON – Polis meminta orang ramai membantu memburu ‘suspek’ luar biasa  berupa seekor emu, lapor portal berita United Press International (UPI) semalam.

Polis berkata, emu  itu kali terakhir dilihat di Lebuh Raya 6, berhampiran sebuah kedai koperasi  dan pengedar kenderaan Hyundai di bandar Batesville, Mississippi baru-baru ini.

Pihak berkuasa itu mengeluarkan poster suspek yang dikenali sebagai  ‘Emu the Great’.

Burung asal Australia itu dikehendaki kerana melarikan diri daripada ‘jenayah’ dan berkelakuan mengganggu ketenteraman, demikian menurut keterangan  poster tersebut.

“Sila berhati-hati jika anda bertemu dengan ‘suspek ini’.

“Emu ini  akan ‘menyerang’ sesiapa sahaja yang menghalang kebebasannya,” demikian menurut amaran polis pada poster tersebut. 

Polis turut meminta  sesiapa yang melihat emu itu supaya tidak membunyikan hon kereta mereka.

“Jika anda melihatnya, sila maklumkan kepada kami. Kami akan berhubung dengan pemiliknya,” kata polis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI