fbpx

Pindaan Akta Perhimpunan Aman selaras gagasan Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta perhimpunan mengibarkan Jalur Gemilang di hadapan Menara Condong di Teluk Intan. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Keputusan kerajaan meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) selaras perjuangan reformasi dan gagasan Madani yang mengutamakan demokrasi serta menghormati kebebasan bersuara dan berbeza pandangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pindaan tersebut akan mengetepikan keperluan untuk mendapatkan kelulusan pemilik atau penghuni lokasi perhimpunan, seperti yang disyaratkan dalam Seksyen 11 Akta 736.

“Ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini, saya maklumkan keputusan Kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Keputusan ini adalah selaras dengan perjuangan reformasi dan gagasan Madani yang menjunjung tinggi demokrasi serta menghormati kebebasan bersuara dan berbeza pandangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, sebarang perhimpunan aman yang mahu diadakan di negara ini tidak lagi memerlukan kelulusan tempat kecuali bagi tempat-tempat keselamatan seperti pekarangan istana.

Anwar ketika mengumumkan perkara itu pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat berkata, seksyen dalam akta berkenaan yang menyentuh tentang perkara tersebut akan dipinda dan dikeluarkan daripada peraturan.

Sehubungan itu, kata beliau, beberapa tindakan polis termasuk siasatan terhadap perhimpunan anti rasuah melibatkan mahasiswa baru-baru ini akan dihentikan.

Kata beliau, tindakan juga tidak akan diambil terhadap perhimpunan berkaitan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) beberapa hari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI