fbpx

Piala Dunia 2034 tiada arak – Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyokong Arab Saudi menyaksikan perlawanan bola sepak kelayakan Asia Piala Dunia 2026 antara Australia dan negara itu di Melbourne pada 14 November 2024. - AFP

LONDON – Riyadh mengharamkan pengambilan minuman keras semasa temasya Piala Dunia 2034 yang dijadualkan berlangsung di Arab Saudi, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Duta Arab Saudi ke United Kingdom, Putera Khalid bin Bandar Al Saud berkata, alkohol tidak akan dijual termasuk di hotel penginapan.

“Buat masa ini, kami tidak akan membenarkan (pengambilan) alkohol.

“Banyak keseronokan yang anda boleh lakukan tanpa alkohol, ia sama sekali tidak diperlukan.

“Jika anda mahu minum (arak) selepas keluar (dari Arab Saudi), anda dialu-alukan,” katanya.

Ditanya sama ada peminat boleh minum minuman keras sebaik sahaja mereka pulang ke bilik hotel seperti yang berlaku pada Piala Dunia 2022 di Qatar, Khalid menambah: “Tidak, tiada alkohol sama sekali.”

Mereka yang melanggar peraturan itu berdepan  hukuman penjara, denda yang tinggi, sebatan awam dan pengusiran, demikian menurut akhbar Daily Star. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI