fbpx

Pembinaan dua lagi kapal OPV APMM diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution menyampaikan Anugerah Khas Menteri Dalam Negeri kepada wakil dari Jabatan Pendaftaran Negeri Johor pada Majlis Anugerah Inovasi Pendaftaran Negara 2024 di JPN Putrajaya di sini hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA- Kerajaan akan meneruskan projek pembinaan dua lagi kapal peronda luar pesisir (OPV) bagi kegunaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) biarpun kontrak asal pembinaan ditamatkan tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau telah meminta supaya Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman meneliti perkara itu termasuk mencari kontraktor baharu.

“Sebelum ini, APMM hanya menerima satu daripada tiga OPV iaitu Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah yang sudah bertugas menjaga perairan negara.

“Bagaimanapun, dua lagi (OPV) masih belum tiba sebelum Kabinet memutuskan penamatan dibuat. Saya kemudian menetapkan hala tuju baharu bahawa ia (OPV) mesti diteruskan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Anugerah Inovasi Pendaftaran Negara 2024 di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan menamatkan kontrak dengan THHE Destini Sdn Bhd (TDSB) selepas ia gagal menyiapkan pembinaan dua lagi kapal OPV berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI