fbpx

MotoGP: Peningkatan Honda semakin positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENTERA Honda menunjukkan peningkatan positif berbanding musim lalu, namun masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan. - FARIZ RUSADIO

BURIRAM – Pasukan Honda terus berusaha untuk keluar daripada kemerosotan prestasi sejak beberapa musim lalu dengan ujian pramusim di Litar Sepang minggu lalu menunjukkan ada peningkatan pada jentera RC213V.

Ketua pasukan Honda HRC Castrol, Alberto Puig menegaskan bahawa jentera musim 2025 adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya, namun masih terdapat beberapa aspek penting yang perlu diperbaiki sebelum musim baharu bermula.

“Asas jentera ini lebih baik berbanding tahun lepas. Kami sudah meningkatkan beberapa aspek yang sebelum ini menjadi kesukaran kepada kami, tetapi masih ada perkara penting yang perlu diberi perhatian dan ia bukan sesuatu yang mudah,” kata Puig.

Dua pelumba utama Honda, Joan Mir dan Luca Marini mengakui terdapat peningkatan ketara pada jentera baharu terutama ketika memasuki selekoh.

Bagaimanapun, Marini merasakan Honda masih belum cukup pantas jika dibandingkan dengan jentera lain yang lebih kompetitif dalam grid perlumbaan.

Namun, Puig yakin usaha keras yang dilakukan oleh pasukan di Jepun, termasuk pengambilan tenaga pakar baharu akan membantu mempercepatkan peningkatan pada mesin 2025.

Honda telah memanggil Romano Albesiano iaitu bekas ketua projek Aprilia RS-GP dan Puig percaya kepakaran Albesiano mampu membantu Honda kembali ke prestasi terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI