fbpx

Lelaki kantoi miliki pistol lepas bergaduh dengan kekasih disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azam

AMPANG JAYA – Seorang lelaki disambung reman dua hari bagi membantu siasatan berhubung kes memiliki pistol bersama 30 butir peluru di sebuah kondominium di Taman Cempaka di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, sambung reman terhadap lelaki itu bermula hari ini sehingga esok.

“Kertas siasatan dimajukan ke DPP (Timbalan Pendakwa Raya) hari ini untuk cadangan pertuduhan,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, lelaki tempatan berusia 34 tahun itu ditahan polis pada Sabtu dan semakan lanjut mendapati suspek yang bekerja sebagai peniaga mempunyai dua rekod lampau.

Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan, pergaduhan dengan kekasih yang merupakan wanita warga Filipina membongkar ‘rahsia’ suspek memiliki pistol semi automatik tanpa lesen dan permit sah.

Menurut Mohd. Azam, punca pergaduhan kerana wanita berusia 34 tahun itu cemburu dengan teman lelakinya yang didakwa menjalin hubungan dengan seorang wanita lain.

Lelaki itu direman selama empat hari bermula Ahad sehingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI