TOKYO – Seorang lelaki Jepun yang mempunyai empat isteri menyuarakan hasrat untuk berpindah di Malaysia, lapor portal berita World of Buzz kelmarin.
Ryuta Watanabe,36, merupakan seorang pesohor media sosial. Dia bergantung kepada tiga isteri untuk menyara hidupnya.
Watanabe dilaporkan memperoleh pendapatan RM35,000 sebulan dan tinggal bersama tiga isterinya serta empat anak mereka.
Dia juga memiliki isteri keempat dan tujuh lagi anak hasil hubungan sebelumnya.
Watanabe menjadi popular kerana mengamalkan cara hidup berpoligami.
Akhbar South China Morning Post melaporkan bahawa dia tidak mengahwini isteri-isterinya secara rasmi kerana undang-undang Jepun melarang poligami.
Selain menjadikan Malaysia rumah keduanya, Watanabe juga bercita-cita untuk memiliki 54 orang anak.
Angka tersebut jika tercapai mengatasi rekod Tokugawa Lenari. Shogun (jeneral) itu memiliki 53 orang anak. – AGENSI