fbpx

Legenda hoki muncul juara pickleball

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIRNAWAN (kiri) dan Lim Ju En beraksi sebagai beregu campuran ASPAC pada Cabaran Muhibah Berpasukan PickleUnite SportsUnite 2025 di Gelanggang PickleJam, Kepong, Kuala Lumpur. - SPORTSUNITE

PETALING JAYA – Legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi rupa-rupanya turut berbakat, malah handal dalam satu lagi sukan yang agak baharu di Malaysia yang menggunakan tangan iaitu pickleball.

Bekas kapten skuad pemenang pingat perak Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 itu membantu pasukannya, ASPAC menjuarai Cabaran Muhibah Berpasukan PickleUnite SportsUnite 2025 di Gelanggang PickleJam, Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mirnawan, 54, turut mengetuai ASPAC yang dibarisi dua pemain bola sepak wanita negara, Steffi Sarge Kaur dan Intan Sarah Anisah Zulgafli selain Nabil Fiqri Mohammad Nor yang juga pemain hoki negara.

“Saya hanya mula menceburi pickleball pada Mei 2023 dengan bermainnya antara empat atau lima kali seminggu.

“Saya mempelajarinya dengan menentang pemain yang lebih handal dan menimba petua jurulatih menerusi YouTube,” katanya yang turut meraih pingat gangsa  Sukan Asia Beijing 1990.

MIRNAWAN (dua dari kiri) menayangkan hadiah kemenangan ASPAC selaku juara Cabaran Muhibah Berpasukan PickleUnite SportsUnite 2025 di Gelanggang PickleJam, Kepong, Kuala Lumpur, baru-baru ini. – SPORTSUNITED

Juga menganggotai Aspac yang menang 16 kali dan kalah lima daripada 21 perlawanannya ialah Jaya Jaya Dennis dan Lim Ju En dan membawa pulang hadiah kemenangan berupa baucar alatan pickleball bernilai antara RM600 hingga RM1,500.

Pickleball dimainkan dengan raket atau pemukul ala ping pong untuk memukul bola bersaiz besbol serta perlu melepasi jaring mirip tenis di sebuah gelanggang bersaiz badminton.

Cabaran Muhibah Berpasukan PickleUnite SportsUnite 2025 disertai lapan pasukan, menggunakan format liga sepusingan melibatkan beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran, namun gandingan pemainnya diwajibkan berbilang kaum.

KL Patriots yang menang 14 kali dan kalah tujuh perlawanan, dinobatkan sebagai naib juara sementara tempat ketiga menjadi milik Pickle Noobs selepas menang 12 dan sembilan kekalahan.

“SportsUnite terus menjadi sesatunya penganjur yang mempromosi semangat muhibah memnerusi penyertaan pemain-pemain daripada pelbagai kaum dalam semua pasukannya,” kata pengerusi kejohanan, Shergar Reza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI