fbpx

‘Lagu Terbaik AJL? Biasanya juri profesional sudah ada calon’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI melihat lima nama, Nadeera, Ernie, Marsha, AIna dan Hafiz sebagai calon teratas untuk menang Vokal Terbaik AJL kali ini.

KUALA LUMPUR – Selaku individu yang pernah duduk di kerusi juri, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza meramalkan lima penyanyi bersaing rapat bagi merebut trofi Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) Ahad ini.

Bagaimanapun Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Taruddin, 46, memaklumkan dia perlu mengikuti persembahan secara langsung untuk benar-benar mengetahui bakal juara kelak.

“Empat penyanyi wanita iaitu Aina Abdul, Ernie Zakri, Nadeera Zaini dan Marsha memiliki vokal dahsyat. Semua ada peluang.

“Kita juga tidak boleh ketepikan kemampuan Hafiz, dia bakal beri saingan sengit kerana pernah menang kategori tersebut sebanyak empat kali.

“Bagaimanapun, kena tengok persembahan ‘live’ (secara langsung) mereka, baru boleh buat keputusan,” katanya ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan terbaharu SimplySiti dan kempen SimplySiti Sejuta Kasih Ramadan di sini, semalam.

Dalam masa sama, pelantun lagu Sejarah itu mengakui sukar memilih calon lagu terbaik memandangkan tidak semua karya sudah didengarinya.

“Untuk lagu terbaik, kena duduk dan dengar betul-betul mana satu daripada 10 lagu yang layak.

“Saya tidak boleh pilih kerana ada lagu yang tidak berapa biasa didengari.

“Biasanya juri profesional sudah ada calon mereka kerana penilaian awal sudah dibuat sebelum acara berlangsung,” jelasnya

Ahad ini, AJL39 bakal bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil dan akan disiarkan di TV3.

Naz Rahman dan Sissy Iman akan bergandingan sebagai pengacara pada malam penuh berprestij terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI