fbpx

Kolaborasi syarikat ‘menyepi’ lepas Che Ta terkait isu hutang Mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Ta mendedahkan beberapa syarikat yang ingin berkolaborasi secara tiba-tiba menyepi selepas dirinya terkait kontroversi hutang Mara.

PETALING JAYA – Rozita Che Wan mendedahkan beberapa syarikat yang ingin berkolaborasi secara tiba-tiba menyepi selepas dirinya terkait kontroversi hutang Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Begitupun, Rozita, 52, yang mesra disapa Che Ta bersyukur apabila masih terdapat jenama tersohor yang menaruh keyakinan tinggi untuk meneruskan kolaborasi bersamanya.

“Saya rasa bersyukur dan bertuah antara ramai-ramai selebriti, saya dipilih menjadi duta tudung eksklusif Ariani Luxe.

“Saya berharap kerjasama ini dapat membawa impak rezeki yang lebih luas di saat banyak jenama menarik diri kerana isu panas mengaitkan diri saya sebelum ini.

“Terima kasih kepada pemilik jenama Ariani, Datin Seri Farah Haryani memberi peluang pada ketika saya berdepan kemelut,” katanya pada sidang media pertunjukkan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana, di sini, hari ini.

Sementara itu, Farah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn Bhd berkata, hubungan baik yang terjalin dengan aktres itu sejak 2007 mendorongnya memilih selebriti terbabit sebagai duta Luxe Ariani.

“Saya mengenali Che Ta dari zaman Jakel lagi, pemilihannya bukan dibuat atas dasar kasihan atau ingin membantunya.

“Tetapi sebagai duta, Che Ta memiliki pakej lengkap iaitu seorang yang sangat komited, berdedikasi, disiplin, tidak berkira dan suka membantu.

“Kualiti itu yang membuatkan kami tertarik untuk melantiknya sebagai duta,” ujarnya.

Pada 10 Disember lalu, kediaman Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya dilapor diserbu Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Bagaimanapun aktres itu dipercayai sudah membuat pembayaran sebanyak RM 550,000.

Selain Che Ta, Ariani terus mengekalkan Datin Lisa Surihani, Bella Dally dan Uyaina Arshad sebagai duta.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI