fbpx

Juventus pada landasan tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCKENNIE (tengah) melepaskan rembatan untuk membuka tirai jaringan menentang PSV awal pagi semalam. - JUVENTUS FC

TURIN – Ketua jurulatih Juventus, Thiago Motta menganggap kemenangan 2-1 ke atas PSV Eindhoven di Stadium Allianz awal pagi semalam meletakkan pasukan di landasan lebih baik untuk meneruskan cabaran di pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Walaupun hanya merekodkan kemenangan tipis, Motta merasakan ia sudah menjadi asas yang bagus untuk anak-anak buahnya, namun masih ada banyak kerja rumah perlu dilakukan sebelum mengharungi perlawanan kedua.

“Apabila meraih kemenangan, ia meletakkan kami pada arah yang tepat. Namun, kami perlu memaksimumkan lagi usaha kami khususnya untuk berdepan lawan yang sentiasa melakukan serangan.

“Kami kena setiasa bersedia untuk mencapai objektif kami kekal dalam saigan Liga Juara-Juara Eropah musim ini,” katanya.

Pada aksi itu, Weston McKennie terlebih dahulu membuka jaringan buat Juventus pada minit ke-34.

Namun, bekas bintang Tottenham Hotspur dan Inter Milan, Ivan Perisic kembali menyamakan kedudukan buat PSV sebelum pemain gantian, Samuel Mbangula muncul wira Juventus dengan gol kemenangan pada minit ke-82.

Dalam masa sama, Motta juga bersetuju dengan pendapat bekas pengurus Juventus, Fabio Capello yang menganggap kelab itu sering menambah bilangan pemain setiap kali melakukan serangan sekali gus menjadi faktor utama kemenangan tersebut.

“Kami juga bertambah baik dan sering meningkatkan bilangan pemain yang berada dalam kotak penalti lawan. Kami sentiasa bekerja untuk melakukan semua ini, tidak kiralah ketika bermain di tempat lawan atau di gelanggang sendiri,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI