fbpx

‘Dua orang dah habis RM1,500, apatah lagi yang ramai anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Musim persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi mendatangkan cabaran besar buat ibu bapa apabila perlu melakukan persediaan kewangan buat kelengkapan anak-anak.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di TikTok, sebanyak RM1,500 telah dibelanjakan bagi persediaan dua anaknya sebelum memasuki sesi persekolahan.

Perbelanjaan itu termasuklah baju sekolah kedua-dua sesi pagi dan petang yang berharga RM500 diikuti dengan buku sekolah (RM350) dan yuran sekolah berharga RM400.

“Yang anak dua ni pun dekat RM1,500. Ni kan yang anak ramai sekolah. Apatah anak ramai bersekolah, mesti lagi ‘struggle’ (susah).

“Semoga dimurahkan rezeki kita semua hendaknya. Amin,” tulis pengguna tersebut di ruangan kapsyen.

Gambar yang dimuat naik pengguna TikTok memaparkan jumlah perbelanjaan bagi kemasukan dua anaknya ke sekolah.

Dalam pada itu, di ruangan komen ramai yang menzahirkan rungutan yang sama apabila menghadapi cabaran kewangan apatah lagi musim perayaan semakin menghampiri.

“Saya untuk anak-anak tak beli apa lagi. Entah lah, suami kerja gaji hari. Ada kerja, ada gaji. Tak ada kerja tak ada gaji. Tengah fikir macam tak nak hantar dorang (anak-anak) pergi sekolah pun ada. Lagi berapa hari je nak sekolah,” komen Eyra.

“Nasib baik anak-anak sekolah pagi dan petang sekolah yang sama. Jadi guna baju yang sama. Beli baju seorang sepasang, untuk tiga orang dah RM300. Belum kasut dan beg sekolah lagi,” komen Fazirah Din.

“Allahuakbar, baca komen-komen semua sedih dengan ekonomi ibu bapa masing-masing. Saya dengan anak dua orang barang sekolah belanja RM200, sekolah agama RM200 lebih, sekolah kebangsaan pula RM300 lebih. Pun terasa juga walau bab yuran sahaja,” komen Remy. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI